Iklan Raya Samsung 2016 Buat Ramai Tersentuh (Video)
NAMPAKNYA iklan hari raya tahun ini dimulakan oleh Samsung. Walaupun kehangatan Aidifitri masih belum terasa, jenama telefon bimbit popular ini cuba menaikkan mood lebaran lebih awal berbanding syarikat lain.
Iklan raya yang tidak diberikan tajuk ini memaparkan perbualan dalam grup Whatsapp keluarga Pak Dan yang dinamakan ‘Pak Dan’s Clan’.
Ianya bermula apabila si ibu bersembang dengan adik mengenai warna tudung lalu Along ikut serta untuk mengusik mereka.
Si ibu kemudiannya memberitahu dia sedang mengemas bilik sambil melihat gambar-gambar kenangan lama dalam bentuk video.
Ini membuatkan si adik teringatkan Angah yang menghilang tanpa khabar berita.
Perbualan menjadi hangat apabila Adik dan Abang mulai bergaduh tentang apa yang berlaku hinggakan Angah membawa diri.
Haa jom kita saksikan kesudahan video perbualan Whatsapp ‘raya’ mereka ini..
Walaupun iklan raya Samsung ini belum mencapai tahap ‘air mata jantan mengalir’ seperti iklan Bernas pada 2012 namun kreativiti Samsung dalam iklan boleh dipuji kerana ianya menggunakan ‘grup Whatsapp’ mesej yang ingin disampaikan nyata kesampaian kerana begitu dekat dengan pengguna telefon bimbit pada hari ini.
No comments: