Header Ads

Pendedahan Mark Zuckerberg Kenapa Memakai Baju Warna Kelabu Setiap Hari

Zuckerberg tidak mahu membazir masa memikirkan mengenai baju yang hendak dipakai setiap hari.

Statusnya sebagai salah seorang manusia paling kaya di dunia tidak banyak mengubah diri Mark Zuckerberg menjadi ‘orang lain’ – sekurang-kurangnya daripada aspek berpakaian.

Pendedahan Mark Zuckerberg Kenapa Memakai Baju Warna Kelabu Setiap Hari

Oleh kerana itu sejak sekian lama Zuckerberg biasanya tampil di khalayak ramai dengan baju kemeja T kelabu yang sama.

Menurut laporan mStarOnline di dalam sesi soal jawab melalui Facebook, Zuckerberg berkata, memilih baju atau pakaian setiap pagi hanya membuang masa atau tidak berfaedah kepadanya.

Rahsia Kenapa Mark Zuckerberg Pakai Baju Warna Kelabu Setiap Hari
Tidak hanya memilih pakaian dianggap remeh oleh Zuckerberg.

Justeru, kata Zuckerberg, dia lebih gemar mengenakan kemeja T kelabu setiap hari dan memanfaatkan masa yang biasanya digunakan orang lain untuk memilih pakaian dengan aktiviti lebih berfaedah.

Tetapi anda jangan risau. Saya tidak mengenakan kemeja T yang sama setiap hari kerana saya ada koleksi baju seperti itu yang banyak,” katanya.

Menurut Zuckerberg, dia mahu menggunakan masa hariannya sebaik mungkin dan tidak membazirkannya dengan memikirkan baju yang sesuai dipakai setiap hari.

“Saya perlu bersederhana dan membuat sedikit keputusan setiap hari, kecuali apabila saya memikirkan bagaimana memberikan khidmat terbaik kepada komuniti Facebook,” katanya.

Kata pengasas Facebook itu, memikirkan menu sarapan setiap pagi juga adalah mengarut.

Zuckerberg, 30, memiliki harta dianggarkan bernilai AS$33 bilion (RM110.4 bilion) melayakkannya menjadi orang ke-16 terkaya di dunia.

No comments:

Powered by Blogger.