Header Ads

Luahan Yuna Dituduh Artis Illuminati

KERJAYA seni Yunalis Zarai atau Yuna kini semakin menyinar di pentas antarabangsa. 

Luahan Yuna Dituduh Artis Illuminati

Ternyata usaha gigihnya selama ini berbalas apabila album terbaharunya, Chapters berjaya mengungguli carta Top 10 Billboard bagi kategori album R&B terlaris di Amerika Syarikat, baru-baru ini lapor Mynewshub.

Didakwa Artis Illuminati, Ini Luahan Yuna

Namun yang tak sedapnya, walaupun kerjaya semakin menyinar apa yang lebih menarik perhatian peminat di Malaysia adalah foto terbaharu Yuna yang digambarkan seolah-olah dia merupakan pengikut Iluminati. 

Iluminati adalah ajaran sesat yang sering kali dikaitkan dengan perbuatan menyembah syaitan. 

Didakwa Artis Illuminati, Ini Luahan Yuna

Yuna Bengang Dituduh Artis Illuminati

‘Bengang’ dengan dakwaan tersebut, Yuna membidas dengan menulis di laman Twitter: 

“Korang ni semua benda nak iluminati je. Berkat doa ibu parents, usaha dan rezeki is not the reason is it? Tuduh orang sembah syaitan lagi logik eh? 

“Tolong ah, my Malaysian adik-adik. Korang lagi pandai ah dari semua benda merepek ini.” 

Yuna Bengang Dituduh Artis Illuminati

Dalam tweet-nya itu juga, Yuna berpesan kepada pengikutnya agar tidak mengikut segala laman sosial miliknya jika tidak menyukai imejnya. 

Dalam pada itu Yuna telah pun memadamkan gambar ‘kontroversi’ tersebut dari rangkaian sosial medianya. 

No comments:

Powered by Blogger.