Lelaki Pengotor Kencing Di Mesin Bayar Parkir
DASAR pengotor – sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berbaju kemeja putih kencing di tempat membayar parkir yang kini tersebar, dikecam hebat netizen.
Kisah kurang enak dan tingkah laku sebegini acapkali dikaitkan dengan rakyat China, namun siapa sangka ada juga rakyat Malaysia memiliki perangai tidak senonoh begitu.
Gambar ini menjadi viral selepas ia giat dikongsikan di media sosial bagi mengutuk perlakuan jijik dilakukan lelaki berpakaian kemas berkenaan lapor Pixelperfext.
Turut disebarkan bersama, gambar sebuah kereta didakwa milik lelaki berkenaan.
Rata-rata netizen mengecam perbuatan ini kerana ianya turut menjatuhkan maruah negara jika dipandang pelancong luar.
Pengguna Facebook Eureeka Qaiser Qaisara memberi komen, “Binatang bukan orang bukan, ni setan nih, tak malu” manakala Yvonne Yap berkata, “Anjing i pun cari pokok dan kencing, ni pulak kencing kat public user area”.
No comments: