Header Ads

Ahli Parlimen Langkawi Takbur Tegaskan Bukan Rakyat Yang Bayar Gajinya

KUALA LUMPUR - Kenyataan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang mengatakan bahawa gajinya bukan dibayar oleh rakyat tetapi dari kerajaan, mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. 

"Gaji wakil rakyat bukan rakyat yang bayar tapi kerajaan bayar dan duit kerajaan bukanlah duit rakyat. 

"Sekali duit terlepas ke pihak lain, ianya bukan lagi duit kita. Kalau duit kerajaan (adalah) duit rakyat, maka marilah kita beramai-ramai pi serang semua jabatan kerajaan ambil balik duit kita," katanya melalui laman Facebook rasminya lapor Pixelperfext.

Ahli Parlimen Langkawi Takbur Tegaskan Bukan Rakyat Yang Bayar Gajinya

Difahamkan, Nawawi berkata demikian dalam perdebatannya mengenai cukai dengan segelintir netizen yang mengingatkan beliau bahawa gajinya dibayar oleh rakyat. 

Ekoran itu, komen 'panas' Ahli Parlimen Langkawi itu telah tersebar meluas di media sosial. 

Di media sosial, netizen menyifatkan kenyataan Nawawi itu lupa diri dan terlalu mendabik dada apabila sudah menjadi wakil rakyat. 

Enggan beralah, Nawawi tampil menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataan itu meskipun telah dinasihatkan oleh rakannya. 

"Nak tarik buat apa? Kerana bukan saya yang buat komen untuk semua rakyat. Saya hanya komen berhujah dengan seorang rakan Facebook. 

"Yang mereka jahat pergi copy and paste pergaduhan kami berdua untuk sebaran umum tanpa kelulusan itu buat apa? Mereka yang sepatutnya tarik balik kenyataan itu dari media," tegasnya.

(Baca: Syed Atif Sokong Kenyataan Duit Kerajaan Bukan Duit Rakyat)

No comments:

Powered by Blogger.