10 Kelebihan Wanita Yang Tak Suka Pakai Mekap
10 ‘Bonus’ Untuk Wanita Yang Tak Suka Pakai Mekap! Betul Tak?
Selalunya bonus akan dapat sekali je setahun. Tapi, untuk wanita yang tak suka pakai mekap, mereka akan dapat bonus kecantikan yang kekal.
Tahukah anda bahawa banyak kelebihan bagi wanita yang tak bersolek. Menerusi Hanasuva.com, kami kongsikan 10 kelebihan yang mereka akan dapat!
1. Jimat duit
Mestilah boleh jimat duit. Mekap bukannya murah lepas tu nak kena cari yang sesuai dengan kulit. Bagi wanita yang tak bersolek tu, mesti boleh menabung lebih.
2. Kulit lebih sihat
Bonusnya, tiada masalah jerawat atau jeragat. Bukan semua mekap gunakan bahan semula jadi dan kebanyakannya ada bahan kimia.
3. Lebih yakin dengan natural beauty
Wanita selalu guna mekap untuk naikkan seri dan atau nak sorok segala cacat cela di wajah. Mereka yang tak suka bersolek ni lebih yakin dan tak kisah pun tanpa mekap.
4. Boleh terus tidur
Selalunya yang pakai mekap ni, mereka perlu bersihkan muka kalau tak memang naik la segala jerawat. Kalau yang tak pakai mekap, terus tidur pun tak apa.
5. Solat tanpa perlu cuci muka
Nak solat pun senang, tak perlu nak cuci muka dulu. Ambil air wudhuk pun tak ada rasa was-was. Tak ada la buang masa. Lepas solat nak pakai balik mekap. Leceh!
6. Peluh tak jadi masalah
Bila pakai mekap dan perlu keluar masa tengah panas, memang mekap akan cair sebab berpeluh. Kalau tak pakai mekap, masalah tersebut tidak akan mengganggu.
7. Gosok mata sesuka hati
Pernah tak anda gosok mata dan terlupa yang anda sedang pakai eyeliner? Tengok cermin je mata tu dh comot macam mata panda. Kalau tak pakai mekap, tak ada masalah nak gosok a.
8. Tak payah tahan kalau nak menagis
Bila-bila masa je anda boleh menangis, tak payah nak risau wajah anda bertukar jadi badut dek kerana mekap anda bukan jenis kalis air.
9. Gigi bersih tanpa gincu
Boleh gelak sesuka hati dan tak payah fikir ada gincu melekat di gigi. Manalah tahu, kadang-kadang kita tak sedar.
10. Rasa yakin
Anda akan lebih yakin dan rasa selesa untuk ke mana. Bersiap pun tidak makan masa. Yang paling penting boyfriend atau suami tak perlu lama dan masam muka.
No comments: