Header Ads

Pendedahan Safiey Ilias Bagaimana Dia Ingin Berubah Jadi Pondan

Terbaru, dalam temuramah di sebuah program telivisyen, menurutnya dia sama sekali tidak ambil peduli jika caranya dianggap riak oleh sesetengah pihak kerana niatnya hanya ingin berdakwah dan berubah ke jalan yang lebih diredhai Allah S.W.T lapor Astro Awani.

Pendedahan Safiey Ilias Bagaimana Dia Ingin Berubah Jadi Pondan

Sejarah jadi ‘mak nyah’

Safiey Ilias atau nama sebenarnya Safiuddin Ilias yang bakal genap usia 22 tahun pada 19 Mei ini berkata bahawa dia diberi rasa dan sifat lembut sejak pada umur 5 tahun. Sifat lembutnya makin menjadi-jadi apabila dia melanjutkan pelajaran di universiti kerana sering disindir serta diejek oleh rakan-rakan sebagai pondan/mak nyah.

Situasi itu membuatkan saya jadi ego. Alang-alang orang dah panggil saya mak nyah, baik saya jadi mak nyah dalam erti kata yang sebenarnya.

Saya nak buktikan saya boleh jadi lebih cantik dari mereka (golongan perempuan).

Tambah Safiey, label mak nyah yang sering diberikan masyarakat kepada kaum lelaki lembut tu langsung tidak membantu mereka untuk berubah.

Pasang niat ingin dorong ‘mak nyah’ ke jalan yang betul

Safiey yang telah mendapat gelaran jutawan pada usia 19 tahun berkata bahawa dia ada niat untuk membantu golongan mak nyah kembali ke pangkal jalan. Namun begitu, dia ingin memastikan terlebih dahulu dia dilengkapi ilmu agama yang cukup serta mahu mendalami teknik dakwah yang betul seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Saya dah bazirkan banyak masa di jalan maksiat, sekarang saya nak tebus semua itu.

Tambah Safiey, dia juga bercadang untuk menceburkan diri dalam kumpulan tabligh pada satu hari nanti serta menyeru masyarakat berubah ke arah kebaikan, sama seperti dirinya.

Sebelum mengakhiri bicara dalam program televisyen itu, Safiey berkongsi impiannya ingin menebus masa lalunya yang penuh kegelapan.

No comments:

Powered by Blogger.