Header Ads

Negara Czech Republic Kini Digelar Czechia

PRAGUE – Pemerintah Czech Republic atau dalam bahasa Melayu, Republik Czech menyatakan ia sudah jemu dengan nama negara itu agak panjang lebar, dan ingin dikenali sebagai ‘Czechia’ berkuat kuasa mulai sekarang.

“Kami menyarankan penggunaan nama ini dalam bahasa-bahasa asing, dalam situasi nama rasmi negara tidak perlu digunakan – seperti acara sukan, tujuan pemasaran dan lain lagi,” kata jurucakap kerajaan pada 14 April.

“Kementerian hal ehwal luar akan meminta Pertubuhan Bangsa Bersatu dan semua agensi di bawahnya supaya menyertakan dalam pangkalan datanya, terjemahan nama baharu negara ini dalam bahasa-bahasa rasmi lapor Mynewshub.

Negara Czech Republic Kini Digelar Czechia

“Ini bermakna kami dikenali sebagai Czechia dalam bahasa Inggeris, la Tchequie dalam bahasa Perancis dan seumpamanya lagi dalam bahasa-bahasa utama dunia lain,” menurut kenyataan kementerian tersebut lagi.

Nama Czechia dianggap lebih tepat kerana langsung merujuk kata sifat adjektif, kerakyatan dan bahasa rasmi negara Eropah itu manakala Tschechien dalam terjemahan bahasa Jerman, Chequia (Sepanyol) dan Cechia (Itali).

Menteri Luar Czechia, Lubomir Zaoralek memberitahu wartawan tempatan bahawa pemerintah memutuskan untuk mengambil tindakan segera, kerana nama negara itu pernah disalah eja dan diputarbelitkan pihak tertentu.

Pasukan hoki ais Czechia, misalnya, menggunakan nama “Czech” pada jersi mereka. Republik Czech sebelum ini dikenali sebagai Czechoslovakia. Ia mengubah namanya setelah berpisah secara aman dengan Slovakia pada 1993.

Namun, negara itu masih juga ragu-ragu tentang namanya itu sejak bertahun-tahun lamanya, hingga isu tersebut dibangkitkan dalam perbualan antara Presiden Milos Zeman dengan rakan sejawatannya dari Israel pada 2013.

“Saya gunakan nama Czechia kerana bunyinya lebih sedap didengar, dan juga ia lebih singkat berbanding Republik Czech,” kata beliau kepada Presiden Shimon Peres semasa membuat lawatan rasmi ke Tel Aviv tiga tahun lalu.

Namun, tidak semua warga Czechia sendiri termasuk pemimpin kerajaan bersetuju dengan nama baharu itu malah mereka lebih selesa mengguna pakai Czech sahaja kerana ringkas berbanding terpaksa sebut perkataan Republik.

“Saya tidak bersetuju dengan nama ‘Czechia’. Saya tidak mahu orang luar keliru antara nama negara kami dengan Chechnya yang bergolak,” kata Menteri Pembangunan Daerah, Karla Slechtova dalam catatan di laman Twitter.

No comments:

Powered by Blogger.