Header Ads

Isteri Pemalas, Tak Pandai Jaga Suami, Bangun Lambat dan Kuat Melawan Dicerai Suami. Sehinggalah..

Seorang suami baru jumpa saya tadi. Dia baru ceraikan isterinya. Katanya isteri dia tak jaga agama. Malas dan suka habiskan duitnya. Suka bangun lambat. Tak pandai layan suami. Asal cakap menyakitkan hati. Kuat melawan.

Dia kata saya kan lelaki. Kena tegas. Kalau tak dayus. Jangan biar orang perempuan tindas dan pijak kita.

Isteri Pemalas, Tak Pandai Jaga Suami, Bangun Lambat dan Kuat Melawan Dicerai Suami. Sehinggalah..

Saya kata abang pernah bawa dia belajar iman tak? Ada bawa pergi majlis Ta'lim ke? Ada bawa pergi majlis ilmu ke?

Susah nak bawa dia ustaz..

Betul ke tindakan saya ustaz...

Tapi selalu begitulah abang. Kalau wanita salah cepat jer dia ceraikan. Saya lihat beribu wanita yang dapat suami macam-macam tapi mereka sabar jer. Tahan kan ajer. Demi anak-anak mereka teruskan perkahwinan.

Wanita ini jika berpisah orang selalu salahkan mereka. Orang takut nak dekat dengan mereka. Orang kata dia guna-gunakan suami. Dia kuat melawan suami. Dia gagal dalam perkahwinan..

Nak cari pengganti berat jer. Mereka kena uruskan anak-anak. Hidup mereka untuk anak-anak. Suami jika marah senang-senang jer lepas tangan macam tu..

Dalam perkahwinan ini abang, kita kena selalu muhasabah diri. Masing-masing kena mengalah. Ingat Allah. Apa Allah nak saya buat. Inilah perjuangan saya. Bimbing isteri ke arah kebaikan. Bawa berjuang di jalan Allah. Buat Ta'lim dalam rumah. Cari waktu tetap dan tempat yang tetap. Beri hadiah buat isteri. Cari kesukaan mereka. Gembirakan hati mereka.

Tapi kata-kata dia sakitkan hati saya ustaz?

Jawab saya dalam Al-Quran. Sifat hamba Allah yang Maha Pengasih ialah apabila orang jahil berkata yang buruk pada mereka. Mereka akan balas dengan kebaikan dan rahmat. Sabar...

Malam kita menangis doakan mereka. Setelah kita buat semua ini jika isteri masih begitu barulah fikir bab cerai. Tapi sangat yakin sesiapa sahaja buat semua ini isteri mereka akan jadi isteri yang solehah. - Ebit Lew

No comments:

Powered by Blogger.