Header Ads

Waspada Nasi Lemak Rendang Babi

Termuntah Bila Dapat Tahu Termakan Nasi Lemak Rendang Babi | Di Kuala Lumpur kena berhati-hati juga. Di kawasan elite Damansara, ramai yang sudah terkena makan rendang daging babi. 

Ada penjual nasi lemak orang seberang menjual nasi lemak rendang babi. Nasib baik ada seorang Cina yang baik hati mendedahkan perkara ini. 

Nak dijadikan cerita, setiap hari, gerai tersebut penuh dengan orang beratur mahu membeli nasi lemak. Oleh kerana tidak tahu bagaimana nak memberitahu yang gerai tersebut menjual rendang babi, lalu dia berkata seperti di bawah: 

"Nasi lemak 5 taruk rendang babi," katanya yang membuatkan semua yang beratur berpaling ke arahnya. 

"Are you joking?" tanya salah seorang pelanggan yang beratur. 

"No, I'm not joking. She is selling. You ask her," pintanya. 

Waspada Nasi Lemak Rendang Babi

Lalu semua pelanggan bertanya kepada perempuan yang menjual nasi lemak itu. 

"Betul awak jual rendang babi?" tanya mereka. 

"Ya, memang betul saya jual rendang babi," jawabnya. 

"Habis, yang awak pakai macam ni?" soal mereka mengenai pakaiannya yang lengkap seperti wanita Islam. Lengkap bertudung bagai. 

"Ini pakaian sahaja, saya bukan Islam," jawabnya selamba. 

Jawapannya itu membuatkan semua pelanggan beragama Islam muntah serta merta. Tak tahu entah berapa banyak kali mereka sudah makan nasi lemak tersebut termasuk anak kawan yang menceritakan hal ini. 

Sejak dari hari itu, bila nak beli makanan, saya dengar dulu loghat percakapan si penjual. Kalau bukan orang tempatan, saya tidak akan beli. Janganlah mudah terperdaya dari segi pakaian penjual. Tambahan lagi bila bulan ramadhan. Mereka juga ambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan. - Team ZKosmetik Murah

No comments:

Powered by Blogger.