Waspada Kedai Makan Mahal Cekik Darah di TBS
Kedai Makan Cekik Darah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan | Kejadian di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, tengah hari tadi.
Dan kisah ini dikongsikan oleh Anis Syazana.
Inilah kedai makan (kedai nasi campur) yang cekik darah. Dua hiris sotong kecil dan paru-paru kecil dan nipis dua hiris, dicaj dengan harga yang tidak berpatutan. Kata makcik kedai itu, satu hiris RM3.00. Jadi, jumlah keseluruhan harga makanan saya adalah RM11.00 yang mana nasi yang diambil juga sedikit.
Bila minta nasi tambah, saya kena marah sebab tak minta awal-awal. Sudahlah kena marah, nasi pula tak ditambah walaupun sudah dipinta. Dia tetap kenakan harga makanan RM11.00.
Saya nak pulangkan, bila fikir balik, tak baik pula berbuat demikian. Jadi, saya ambil dan pergi ke kaunter air pula. Saya tanya pada pekerja di situ.
"Dik, berbaloi tak harga nasi akak ini RM11.00?"
Dia terus memandang kedai makcik tersebut. "Memang mahal kak kedai dia. Memang hari-hari orang komplen," katanya.
"Ooo yeke. Tak apalah. Nanti saya cakap pada makcik itu saya akan bayar apa yang saya makan,".
Tetapi niat utama saya selepas makan, mahu menegur harga makanan yang dia kenakan kepada pelanggan di depannya sendiri. Makcik itu datang meminta kad bayaran sebab suaminya sudah kembali dari solat. Saya pun bangun dan cakap dengan cara baik.
"Makcik, harga nasi makcik ini terlalu mahal berbanding dengan lauk yang saya ambil. Saya akan bayar tetapi memang niat saya nak beritahu makcik juga yang makcik tidak boleh buat seperti ini.
"Pelanggan lain datang nak makan nanti, pasti akan terbeliak dengan harga nasi makcik. Kalau kena pada saya pun, saya dah meroyan rasanya. Tetapi saya tetap juga bayar. Tetapi kalau kena pada orang lain, susah makcik nanti," kata saya menegurnya dengan cara elok, tiada langsung menengkingnya.
Malangnya makcik itu menjawab dengan nada keras. Ramai pekerja di situ mengakui bahawa sudah berkali-kali orang atasan turun berjumpa dan menegur harga nasi campurnya. Tetapi dia tetap berkeras tidak mahu mengurangkan harga berbanding kedai lain yang harga nasi ayamnya baru sahaja berharga RM5.50.
Patutlah kedai dia tiada orang yang datang sebab hari-hari orang buat aduan. Sebelum beredar, saya sempat merakam gambar kedainya. Mungkin ramai yang sudah terkena dengan kedai ini.
Maaflah semua, saya viralkan sebab saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa kedai ini. Tak pasal-pasal nanti ada orang lain pula yang mengamuk jauh lebih teruk sebab tidak puas hati dan sakit hati. Saya juga adalah peniaga, tetapi tiada bersikap tamak seperti ini.
No comments: