Header Ads

Taman Tema Sipadan Mangrove Resort, Sungai Burong Indah Khabar Dari Rupa

Keruh dan jijiknya Air Taman Tema Sipadan Mangrove Resort, Sungai Burong | Taman Tema Sipadan Mangrove Resort, Sungai Burong indah khabar dari rupa. Mana tidak, air taman tema tersebut keruh dan menjijikkan.

"Indah khabar dari rupa," 
"Menyesal! Sudahlah jauh nak masuk!" 
"Nasib baik free," 

Taman Tema Sipadan Mangrove Resort, Sungai Burong Indah Khabar Dari Rupa

Itulah antara kata-kata pengunjung yang datang bersama keluarga ke Sipadan Mangrove Resort, Sungai Burong, hanya kerana mahu bermain permainan air yang viral di media sosial. 

Rata-ratanya menyesal apabila melihat keadaan di tempat tersebut yang mana airnya keruh, tidak seperti taman tema air yang lain. Keadaan seperti ini amat mengecewakan ibu bapa yang tinggi harapan dapat membawa anak-anak mereka bermandi manda di kolam air yang bersih. Sudah tentu ibu bapa risau dengan tahap kebersihan air jika beginilah keadaannya. 

Selain itu, kekurangan kemudahan tempat berteduh juga menjadi satu masalah bagi pengunjung. Ramai yang terpaksa berjemur dengan cahaya matahari terik. 

Namun, tidak dinafikan juga kolam taman tema air ini menjadi keruh kerana terlampau ramai pengunjung yang datang, selain dari tapak taman tema mini ini di atas tanah kosong sehingga menjadi lumpur di beberapa tempat. 

Sewajarnya pihak pengurusan perlu mengambil kira masalah seperti ini sebelum membukanya kepada orang awam. Taman tema air mini ini memerlukan banyak penambahbaikan jika pihak pengurusannya mahu tempat itu dikunjungi oleh orang ramai di masa akan datang. - Sabah Info

Keruh dan jijiknya Air Taman Tema Sipadan Mangrove Resort, Sungai Burong

Taman Tema Sipadan Mangrove Resort, Sungai Burong

No comments:

Powered by Blogger.