Tadika Cuai Diperintah Bayar Ganti Rugi RM403,018.74
Kerana Cuai, Tadika Diperintah Bayar Ganti Rugi RM403,018.74 | KOTA BHARU - Gara-gara kecuaian kakitangannya, sebuah taska diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM403,018.74 kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang melecur di beberapa bahagian anggota badan akibat terkena kuah tomyam.
Hakim Mahkamah Seksyen, Adli Abd Ghalib membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan oleh Nur Airish Daniesya Norizal, lapor Harian Metro.
Defendan diperintah membayar gantirugi khas RM83,018.74, ganti rugi am RM220,000 dan ganti rugi teladan RM100,000.
3 Disember 2014, plaintif melalui ibunya Nur Ashikin Md Ariffin memfailkan saman tuntutan ganti rugi RM500,000 terhadap tadika tersebut yang didakwa cuai sehingga plaintif yang ketika itu berusia 3 tahun mengalami kecederaan dan menanggung kesakitan berpanjangan.
Dalam kejadian 25 Ogos 2014, Nur Ashikin menerima panggilan dari pihak tadika yang mengatakan anaknya berada di Kota Bharu Medical Centre. Ibunya bergegas ke pusat perubatan tersebut dan mendapati hampir keseluruhan tubuh anaknya cedera dan melecur akibat terkena kuah masakan panas.
No comments: