Budak Gunting Lidah Didakwa Penipu, Ini Respon Ibunya
“Anak Saya Bukan Penipu!” - Ibu | KLANG - Ibu kanak-kanak 8 tahun cedera di lidahnya akibat digunting menafikan dakwaan kononnya anaknya mereka cerita dan menipu.
"Anak saya bukan budak yang suka menipu, apatah lagi mencederakan diri sendiri. Dia seorang anak yang manja. Apa saja yang berlaku pada dirinya akan diberitahu kepada saya.
"Saya terkilan kerana tidak mengambil tindakan awal sejak dia mengadu dibuli awal tahun ini kerana hanya menganggap ia sekadar usikan rakan-rakan di sekolah.
"Saya tidak laporkan pada pihak sekolah kerana tidak mahu dilabel sebagai ibu yang terlalu sensitif," katanya memetik dari laporan Harian Metro.
Menurut ibu kepada dua anak itu, mangsa bukan jenis kanak-kanak yang lasak atau gemar melakukan perkara yang berbahaya.
"Jadi, agak mustahil sekiranya dia sengaja menggunting lidahnya sendiri dan kemudian membuat cerita kononnya dia dibuli.
"Dakwaan itu tidak masuk akal kerana dia baru berusia 8 tahun. Sekiranya dia memang jenis bermasalah, mengapa dia tidak pernah mengadu dibuli ketika menghadiri sekolah agama sebaliknya berulang kali mengadu dibuli di sekolah kebangsaan," katanya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abd Razak meminta masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi.
No comments: