Pokok ceri jadi mangsa aksi melampau
Perlakuan tidak bermoral di bawah pokok ceri | CHINA sememngnya terkenal dengan banyak kejadian yang aneh dan ada juga tidak masuk akal.
Terkini, dalam usaha ingin meraka gambar diri sendiri atau berselfie di bawah rimbunan bunga pokok ceri, penduduk China ada yang bertindak di luar kebiasaannya.
Kecantikan musim bunga di China dicemari dengan tingkah laku pengunjung tidak senonoh dan bermoral seperti sanggup tendang dan panjat serta goncangkan pokok tersebut demi mendapatkan sekeping gambar yang cantik lapor Mynewshub.
Beberapa pengunjung dilihat melakukan perbuatan sedemikian bagi mendapatkan foto-foto yang menarik di bawah rimbunan pokok ceri yang dipenuhi dengan bunga-bungaan berwarna merah jambu dan putih.
Kelakuan itu menimbulkan rasa kurang senang oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut. Kejadian memalukan ini tersebar luas di media sosial China.
Ramai etizen melabel sikap ditonjolkan itu adalah sesuatu perbuatan memalukan dan tidak bertamadun. Menurut laporan portal berita People’s Daily, perlakuan sama turut dilihat di satu wilayah timur China iaitu di Nanjing.
Seorang wanita yang memakai kasut tumit tinggi memanjat pokok tersebut untuk mengabdikan gambarnya namun dia terperangkap di celahan dahan pokon ceri itu.
Bukan dia sahaja yang berperlakuan sedemikian, seorang lelaki turut dilihat menendang batang pokok ceri untuk mengambarkan suasana ‘dihujani’ dengan kelopak-kelopak bunga sebelum gambarnya dirakam.
Ramai yang menganggap tingkah laku seperti itu tidak wajar berlaku. Meskipun terlalu taksub ingin mengambil gambar, tidak perlulah sehingga memalukan diri sendiri.
Malah, isu ini mula tersebar luas di serata dunia dan sekaligus mencalarkan imej negara China sendiri. Musim bunga di China bermula pada pertengahan Mac sehingga awal April.
No comments: