Header Ads

Pasangan Syaitan Kantoi Akhirnya

Pasangan Kekasih Syaitan | Butterworth: Polis berkas kekasih disyaki bersekongkol pecah tabung masjid di Butterwoth.

Mereka, yang masing-masing berusia 24 dan 25 tahun dikatakan berasal dari Pengerang, Johor, dan ditahan di hotel murah, di sini, Khamis lalu.

Pasangan itu itu dipercayai menjelajah semenanjung dan memecah tabung masjid di setiap daerah dikunjungi lapor Harian Metro.

Pasangan Syaitan Kantoi

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam, berkata di SPU saja, suspek mengaku melakukan tiga kes pecah tabung di tiga masjid di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, pasangan itu juga mengaku melakukan 15 kes yang sama di beberapa daerah lain.

Katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan termasuk menyemak kejadian pecah tabung masjid yang mungkin didalangi suspek di daerah lain.

No comments:

Powered by Blogger.