Pendedahan Couple Lebih Hina Dari Pelacur
"Bercouple Lebih Hina Dari Pelacur" | Semua yang aku miliki telah aku persembahkan untuk kekasih. Dia adalah Dani. Kurang baik apa diri ini pada Dani, sampai dia meninggalkanku seperti sampah.
Tapi akhirnya aku sedar. Ternyata bukan masalah baik atau tidaknya. Tapi kerana bercouple itu sendiri yang bermasalah.
Sebaik apapun diriku pada kekasih, namun jika terjun dalam dunia couple akan terjebak juga. Lihatlah betapa murahnya tubuh ini, aku berikan PERCUMA atas nama cinta.
Bukankah ini lebih hina dari pelacur yang diberi bayaran untuk setiap kali servis? Begitu bodohya aku menyerahkan harga diriku atas nama cinta tanpa ikatan yang sah. Bukankah ini lebih murah dari ayam.
Sekarang aku hamil.
Bingung meminta pertolongan pada siapa, sementara Dani telah meninggalkanku. Pada orang tuaku? Aah tidak mungkin, yang ada malah marah besar padaku.
Pada keluarga Dani? Malah aku yang disalahkan kerana dianggap merosak hidup Dani. Mahu lapor ke polis, bagaimana Dani boleh dihukum sementara kami lakukan suka sama suka.
Lalu pada siapa aku mengadu? Pada Allah? Betapa malunya diri ini sudah melanggar perintahNya. Ataukah janin yang aku miliki sekarang digugurkan saja?
Itu membuat aku berkelakuan seperti binatang. Apa terus menghancurkan diriku dengan menjadi pelacur?
Sungguh makin hina. Apakah aku minta dinikahi sama orang lain? Lalu orang berhati malaikat mana yang mau nikah dengan wanita kotor sepertiku?
Cuba andai saja waktu aku boleh putar, aku memilih tidak akan pernah menyentuh couple. Andai saja boleh mendapatkan tulisan/ceramah tentang bahaya couple, aku tidak melakukannya.
Sebab beginilah couple, benar-benar membuat diriku terjerumus hingga boleh melakukan banyak kemaksiatan lain.
P/s: Nukilan di atas adalah kisah benar.
No comments: