Header Ads

GKCM Kata Nazri Aziz Pengampu dan Berlagak Seperti Penyangak

"Nazri Aziz Pengampu, Berlagak Seperti Penyangak" - GKCM | Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) menuduh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai pengampu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Menerusi kenyataan terbaru, GKCM membidas Nazri susulan tindakannya yang mencadangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO supaya menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin jika enggan melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti secara sukarela susulan kritikannya terhadap Perdana Menteri secara berterusan.

GKCM Kata Nazri Aziz Pengampu dan Berlagak Seperti Penyangak

“Selepas Tengku Adnan, Ahmad Maslan dan dua budak Sabah, kini muncul pula Nazri Aziz yang tampil dengan kenyataan bacul mengampu Presiden UMNO.

“Nazri mungkin tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan di garisan terakhir untuk mengampu Presiden yang menanti masa untuk rebah. Tuduhan Nazri terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah melampau,” kata kenyataan itu.

"Muhyiddin juga tidak lagi menjalankan tugas seperti mana yang diharapkan oleh perwakilan yang mengundi beliau untuk menyandang jawatan itu," katanya.

Mohamed Nazri berkata jika Muhyiddin enggan meletakkan jawatannya, beliau sendiri akan mengusulkan supaya Muhyiddin digantung keanggotaannya pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan datang. -Bernama 
Gerakan anti Perdana Menteri turut menyifatkan Nazri sebagai perosak dalam UMNO kerana perjuangannya adalah untuk mendapat ganjaran berbanding mahu membangunkan parti.

“Nazri adalah antara karektor perosak dalam sejarah UMNO. Jika kita kaji sejarah keruntuhaan empayar Rom, kita akan dapati bahawa sebab utamanya ialah rasuah yang diamalkan oleh pembesar istana.

"Tindakan Nazri ini sama dengan pembesar Rom yang mengampu untuk mendapatkan sesuatu,” dakwanya.

"Nazri Aziz Pengampu, Berlagak Seperti Penyangak" - GKCM

Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyifatkan Nazri sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang lemah dalam Kabinet.

“Tiada yang hebat tentang Nazri sebagai menteri selain daripada menunjuk lagak penyangak dan menentukan anak-anaknya hidup dalam kemewahan. Nazri selama menjadi menteri UMNO memang tidak mempunyai sebarang keistimewaan.

No comments:

Powered by Blogger.