Luahan Ibu Bapa Anak Kena Bawa Beg Berat
Ibu Bapa Persoal Sampai Bila Anak Nak Bawa Beg Berat | Salam semua parents. Dua buah buku ini beratnya lebih kurang 500 gram. Yang ini, 547 gram. Kalau sehari ada 5 subjek x 500 gram = 2.5 kilogram.
Luahan ini dipetik menerusi Facebook Nangkula Utaberta.
Ditambah pula dengan buku tulis + 1 kilogram. Jadi, sehari lebih kurang 3-4 kilogram.
Itu baru berat buku, tak ditambah lagi dengan berat beg. Tambahan pula, anak-anak kena sandang beg sampai tingkat 3.
Begitulah keadaannya setiap hari. Memang ada beli beg beroda untuk anak-anak, tetapi dia kata susah nak bawa ke tingkat 3. Sampai bila kita nak membiarkan kezaliman seperti ini terjadi pada anak-anak kita?
From so many ministeri, director or officer at Ministry of Education Malaysia, has anyone ever think about it?
No comments: