Isteri ramas kerandut buah zakar suaminya hingga koyak
Geram dengan suami, isteri ramas zakar sampai kerandut terkoyak | LONDON: Tragedi ini berlaku pada Hari Wanita Sedunia yang disambut 8 Mac setiap tahun.
Seorang isteri di Romania meramas hingga terkoyak kerandut buah zakar suaminya dalam satu pertengkaran yang bertukar fizikal.
Marinela Benea, 40, menuduh suaminya malas membantunya membuat kerja rumah, lapor portal Daily Mail di sini.
Sementara Ionel Popa, 39, mendakwa isterinya naik berang kerana tidak membelinya sejambak bunga sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut kelmarin.
Lelaki dari Vaslui County di timur laut negara itu terpaksa dikejarkan ke hospital dalam keadaan buah zakarnya terkoyak selepas serangan.
Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga selama 15 tahun, dan mempunyai seorang anak remaja, bertengkar kerana si suami enggan mendengar suruhan isteri.
Pada malam sebelum kejadian, Benea dipaksa menghidupkan api sepanjang malam kerana Popa kesejukan dalam keadaan mabuk.
“Pada paginya, saya membuka langsir dan memintanya keluar bekerja, atau setidak-tidaknya bantulah kerja saya di rumah tetapi dia menjerit, mengatakan saya tidak layak mengarahnya,” kata wanita itu.
Pada waktu itu, kata si isteri lagi, dia meramas buah zakar Popa tetapi suaminya melawan balik.
“Bukan salah saya, dia yang menarik, dan terjadilah insiden itu,” kata Benea lagi seperti dilaporkan. “Saya ingat merawat dengan ais boleh menyelesaikan masalah itu tetapi dia tetap meminta saya memanggil ambulan.”
Koyakan di bahagian kiri bawah kemaluan Popa memaksanya menjalankan pembedahan segera dan kini dilaporkan stabil.
Anggota paramedik Aurora Popa dilaporkan berkata lelaki itu mengalami luka koyakan yang serius di kemaluan.
“Dia memberitahu kami bahawa isterinya menyerangnya kerana dia tidak membelinya bunga pada Hari Wanita Sedunia,” kata anggota pasukan paramedik itu. Kes itu kini dalam siasatan polis.
No comments: