Header Ads

Hajat Sultan Johor Dengan Pesawat 'Emas' Boeing 737 Miliknya

Pesawat 'Emas' Boeing 737 Selamat Sampai Malaysia, Ini Hajat Sultan Johor | JOHOR BARU, 1 Mac: Pesawat 'emas' Boeing 737 milik Sultan Johor yang viral di media sosial baru-baru ini selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai selepas berlepas dari Amerika Syarikat.

Ketika pesawat itu mendarat kira-kira 1.30 tengah hari semalam, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar turut berada di lapangan terbang itu.

Pesawat terbabit boleh dilihat dihiasi dengan dengan warna emas dan biru turut mempunyai lambang negeri Johor di bahagian badannya.

Sultan Ibrahim berkata, pesawat terbabit boleh menampung antara 25-30 orang dan akan digunakan untuk mempromosikan Johor.

Hajat Sultan Johor Dengan Pesawat 'Emas' Boeing 737 Miliknya

"Saya ingin menjelajah dunia seperti nenek moyang saya yang pernah mengembara dengan kapal," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Ditanya sama ada akan menerbangankan sendiri pesawat itu baginda menjawab : "Saya akan mengikuti latihan simulator di Brisbane sebelum saya terbangkannya."

Ketika ditanya mengenai rancangan untuk lawatan sulungnya menggunakan pesawat terbabit, Sultan Ibrahim berkata : "Saya masih belum merancang perjalanan saya tetapi mungkin boleh terbang ke Pulau Pinang untuk menikmati nasi kandar."

Selain itu, Baginda juga berharap dapat membawa mereka yang kurang bernasib baik ke Mekah untuk mengerjakan haji menaiki pesawat tersebut.

Pesawat itu mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

No comments:

Powered by Blogger.