Ditanya Tentang Mahathir Keluar UMNO, Najib Buat Muka Angkuh dan Menjengkelkan
Muka Angkuh dan Menjengkelkan Najib Ketika Ditanya Tentang Tun Mahathir Keluar UMNO | Riak wajah tidak mengkhianati mahupun mendedahkan perasaan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ditanya mengenai tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar parti.
Dikerumuni pemberita seusai satu majlis pelancaran buku di Hotel Royale Chulan, pahlawan Bugis itu sekadar tersenyum, dan kemudiannya berlalu pergi tanpa sebarang reaksi lain.
Sebelum itu, pembantu peribadi kepada Najib memaklumkan majikannya tidak akan menjawab sebarang soalan namun para pemberita mahu mencuba nasib.
Najib di majlis pelancaran buku yang dirasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi – yang berjaya digulingkan oleh Tun Mahathir – mendeklamasikan sepucuk sajak “Coretan Empat Dekad”.
Sajaknya itu membawa hadirin menelusuri kerjaya politik dirinya sejak empat dekad lalu, termasuk nasihat yang dipesan kepada oleh bapanya, Tun Abdul Razak.
”Tidak pernah ku tinggalkan parti keramat UMNO, ayahanda berpesan agar jagalah parti, dan padaku pula tiada yang lebih besar maknanya dari berkhidmat pada rakyat” tutur Najib.
Buku “Najib Berjiwa Besar: Empat Dekad Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976-kini)” menyentuh kerjaya politik Najib dan dikarang penasihatnya, Dr Khairil Jusoh.
Turut hadir di majlis itu, isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalan, Datuk Ab Aziz Kaprawi; serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalan, Datuk Ahmad Maslan.
(Baca: Punca Tun Mahathir Keluar UMNO)
(Baca: Punca Tun Mahathir Keluar UMNO)
No comments: