Header Ads

Gara-gara sepaket Milo, ibu dihukum penjara dan denda RM200

Ibu curi milo dihukum penjara dan denda RM200 | KUALA LUMPUR - Gara-gara memenuhi permintaan anak berumur dua tahun untuk minum Milo, seorang ibu dihukum penjara sehari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri sepaket Milo di sebuah pasar raya di sini.

Majistret Husna Dzulkifly turut memerintahkan S. Sellamah, 36, yang tidak diwakili peguam, menjalani hukuman penjara lima hari sekiranya gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda itu lapor Bernama.

Gara-gara sepaket Milo, ibu dihukum penjara dan denda RM200

"Maafkan saya Puan Majistret. Saya mencuri Milo itu kerana anak saya yang berumur dua tahun terlalu teringin minum Milo," katanya dalam keadaan sebak semasa memohon hukuman diringankan.

Mahkamah menjatuhi hukuman itu ke atas Sellamah, ibu kepada seorang anak, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri Milo seberat 2 kilogram di pasar raya KK Supermart & Superstore, Jalan Hang Lekir, Dang Wangi di sini, jam 11.19 malam, 29 Februari lepas.

Suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 2 Mac.
Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar.

No comments:

Powered by Blogger.