Cara Putihkan Ketiak Hitam Dengan Baking Soda
MUNGKIN ramai diantara kita mengalami masalah ketiak hitam yang membuatkan kita berasa malu dan tidak yakin dengan diri sendiri.
Masalah ini bukannya dialami oleh korang sahaja tetapi hampir semua wanita di luar sangat banyak mengalaminya.
Salah satu puncanya adalah akibat mencukur atau mencabut bulu ketiak dan pemilihan deodorant yang salah di mana mengandungi bahan-bahan kimia yang membolehkan ketiak anda bertukar menjadi hitam.
Kalau nak memutihkan ketiak hitam, korang tidak perlu menggunakan produk yang mahal tetapi hanya memerlukan baking soda untuk memutihkan ketiak secara semulajadi.
Berikut adalah cara nak putihkan ketiak secara semulajadi :
Cara 1 Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Dengan Baking Soda
1. Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan air secukupnya. Campur keduanya sampai berbentuk scrub.
2. Sapu campuran tersebut 2x sehari setelah mandi. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Sapuan baking soda membantu untuk membuang sel kulit mati pada ketiak menjadikan ketiak lebih putih.
3. Bilas dengan air bersih.
4. Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.
Cara 2 Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Dengan Baking Soda
1. Campurkan dengan 1 sudu Teh baking soda bersama dengan cuka atau perahan lemon/limau nipis.
2. Sapu campuran tersebut pada ketiak, biarkan selama 15 minit hingga setengah kering.
3. Gosok ketiak korang sampai butiran baking soda dan cuka atau perahan lemon/limau nipis bercampur dengan kotoran ketiak. Kotoran ketiak yang terhasil sebenarnya adalah sel kulit mati.
4. Bilas dengan air bersih.
5. Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.
P/s: Selamat mencuba dan semoga berjaya...
No comments: