Header Ads

Cuaca Panas Melampau, Sekolah Bakal Ditutup

Sekolah Akan Ditutup Berikutan Cuaca Panas Melampau | KLANG, 13 Mac: Kementerian Pendidikan mungkin akan mengarahkan sekolah ditutup sementara jika cuaca panas melampau yang berlaku ketika ini semakin teruk apabila sesi persekolahan dibuka semula selepas seminggu bercuti.

Timbalan Menterinya, Datuk P Kamalanathan berkata, langkah itu bagaimanapun bergantung kepada maklum balas Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Cuaca Panas Melampau, Sekolah Bakal Ditutup

"Untuk jerebu, ada Indeks Pencemaran Udara (IPU) ditetapkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan keputusan tutup sekolah berpandukan juga kepada IPU itu. Bagi cuaca panas melampau, penutupan sementara sekolah belum difikirkan buat masa ini, tetapi boleh dipertimbangkan.

"Penutupan sementara sekolah akibat cuaca panas melampau sering dilaksanakan di negara Asia Barat," katanya sambil menambah, langkah sedia ada dalam keadaan itu ialah memberi kuasa kepada pengetua dan guru besar untuk membatalkan aktiviti luar kelas.", katanya sebagaimana lapor BH Online.

No comments:

Powered by Blogger.