Ambil gambar lucah bayi, suami isteri didakwa
Suami isteri didapati bersalah ambil gambar lucah bayi | PETERBOROUGH - BRITAIN. Sepasang suami isteri didapati bersalah kerana mengambil gambar lucah bayi dijaga oleh mereka, semalam.
Menurut Peterborough Today, Michael dan Lara Chase juga dituduh melakukan serangan seksual kepada bayi tersebut pada November lepas.
Selain itu, mereka juga didapati bersalah menyimpan gambar-gambar lucah oleh Mahkamah Peterborough Crown.
Dalam perbicaraan semalam, Lara mengatakan beliau tidak tahu suaminya mengambil foto lucah bayi tersebut, malah mendakwa sudah bercerai.
Sementara itu, para juri membuat keputusan bahawa Lara membantu Michael untuk mengambil gambar-gambar lucah berkenaan.
Lara bagaimanapun tetap menafikan penglibatannya dalam hal tersebut.
No comments: