Header Ads

Tweet pelajar sebelum meninggal dunia akibat kemalangan

Sebelum maut kemalangan, pelajar ini sempat tweet mengenai perasaannya | Seorang pelajar dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Muadzam Shah dan bapa meninggal dunia dalam satu kemalangan apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain di Kilometer 105.9 Jalan Kuantan – Segamat berhampiran dengan Ladang Dara Teh sekitar jam 11.15 pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Haziq Januddin, 23 dan bapa, Janudin Sukardi, 55, maut ketika dalam perjalanan menuju ke Uniten Kampus Muadzam Shah untuk Haziq pulang ke universiti tersebut.

Ketua Polis Daerah Rompin, Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Tweet pelajar sebelum meninggal dunia akibat kemalangan

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Wira yang dinaiki mangsa dari arah Segamat, Johor menghala ke arah Kuantan dipercayai dalam keadaan cuba memotong kenderaan di hadapan namun gagal lalu bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan ini, pemandu dan penumpang Proton Wira berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, di laman Twitter, perkongsian tweet-tweet Haziq beberapa hari sebelum terlibat dalam kemalangan itu mendapat perhatian netizens di laman media sosial tersebut.

Sebelum maut kemalangan, pelajar ini sempat tweet mengenai perasaannya

Semoga kedua-dua mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa dan bapanya.

Takziah dari kami buat keluarga dan yang mengenali mangsa. 

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. (Surah an-Nisaa’: ayat 78)

No comments:

Powered by Blogger.