Header Ads

Syura berterima kasih dengan bekas suami kerana dedah aib dirinya

Syura balas semula semua kenyataan bekas suami – “Terima kasih kerana buka aib saya” | SUDAHLAH kini bersendirian, tiba-tiba muncul pula cerita tidak enak daripada mulut bekas suami mengatakan dirinya sudah lupa diri, tenggelam dibawa arus populariti selepas djadi juara MasterChef Selebriti musim kedua pada 2012.

Nama pelantun lagu Nazam Berkasih, Syura Badron, 31, kembali dijaja selepas kes penceraiannya dengan bekas suami, Mohd. Fadhly Md. Yassin menjadi bualan di laman portal kerana perubahan sikapnya lapor Utusan.

Syura berterima kasih dengan bekas suami kerana dedah aib dirinya

Semuanya gara-gara kemenangan yang diraihnya itu, Syura dikatakan lupa akan tanggung jawab sebagai isteri yang mendorong terjadinya perpisahan setelah berumah tangga sejak 29 Mac 2006. Itu pendedahan yang dibuat sendiri oleh bekas suami, awal minggu lalu kepada media.

Kemasyhuran yang mula dikecapi semula pada 2012 itu sedikit sebanyak membantu meningkatkan semula populariti Syura yang mula berkecimpung dalam industri sejak 2000 ketika usianya 14 tahun.

Akhirnya, pertengahan 2014, perkahwinan selama lapan tahun itu runtuh dilanda badai. Bagaimanapun, Syura sekalipun tidak pernah membuka mulut memberi komen terhadap kegagalan rumah tangganya kerana berdiam diri itu lebih baik baginya.

Kemudian, mereka dikata rujuk semula sebagai suami isteri setelah berpisah seketika. Pun begitu, tetap tiada sebarang persefahaman dicapai yang mendorong kepada perceraian buat kali kedua pada September 2014.

Baru-baru ini, berkesempatan berbual panjang dengan Syura, dia menggunakan peluang tersebut untuk meluahkan segala-gala yang terbuku di hatinya kepada Hits, dengan harapan dapat memberi gambaran terhadap liku yang terpaksa dilaluinya, sekali gus menepis konotasi negatif yang dilemparkan kepadanya.

Pada masa yang sama, demi membela nasib anak-anaknya iaitu Nurul Dania Irdani, 9; Nurul Qaisara Sofea, 7 dan Muhammad Irfan Aryan, 5, daripada menerima impak negatif disebabkan ketidak-sahihan khabar yang disebarkan.

HITS: Syura dikatakan lupa diri selepas jadi juara, sebenarnya apa yang berlaku ni?

Syura: Sudah agak lama sebenarnya kami hidup berasingan, tetapi disebabkan masih berstatus suami dan isteri, saya diamkan sahaja tanpa memberi sebarang komen walaupun ramai telah menyedari perpisahan kami. Puncanya biar kami sahajalah yang mengetahuinya, tidak perlulah dihebahkan untuk pengetahuan umum kerana banyak aib wajib dijaga.

Macam mana pula dakwaan bekas suami mengatakan perangai Syura berubah selepas memenangi MasterChef Selebriti?

Itulah, saya nak ‘berterima kasih’ sangat-sangat kepada bekas suami kerana mula membuka aib rumah tangga sendiri. Saya diam bukan untuk mengiyakan atau menafikan tetapi tidak mahu memalukan mana-mana pihak. Apatah lagi keluarga bekas suami adalah saudara saya sendiri kerana Fadhly merupakan sepupu rapat. Kalau saya mula bercerita, bukan sahaja dia, tetapi seluruh keluarga kami akan terasa kesannya. Biarlah saya pendam sahaja demi menjaga kebaikan semua.

Syura masih tidak menjawab benar atau tidak dakwaan Fadhly itu. Kenapa?

Hakikatnya, hanya bekas suami sendiri yang boleh menjawab atau beri penjelasan terhadap tuduhan itu. Saya masih sama seperti dahulu dan orang yang rapat dengan saya mengetahuinya. Kalau saya menjawab tuduhan itu sama ada ya atau tidak, rasanya tak mampu untuk merubah apa-apa keadaan sekalipun. Pendek cerita, ia adalah tentang persefahaman yang tidak lagi boleh seiringan. Penyelesaiannya adalah menerusi perceraian.

Apakah Syura langsung tidak ada keinginan untuk kembali semula kepada dia?

Bukan sekali, tetapi dua kali berlakunya perpisahan antara kami. Jelas di situ memang sukar untuk kami kembali bersama. Saya pun sudah terbiasa dengan keadaan seperti sekarang ini dan semakin selesa. Lagipun, hubungan kami masih baik demi anak-anak. Saya tidak mahu menafikan haknya sebagai bapa kepada ketiga-tiga anak kami yang memerlukan kasih sayang seorang bapa.

Jadi sekarang anak-anak bersama siapa?

Anak-anak semakin memahami situasi yang berlaku antara saya dan bekas suami terutamanya Dania dan Qaisara kerana mereka sudah besar. Kecuali Irfan yang masih lagi kecil untuk mengerti semua ini. Mereka tinggal bersama saya dan bekas suami bebas bertemu dengan mereka bila-bila masa. Saya tidak pernah berkira untuk menghadkan sebarang tempoh waktu. Kadang-kala, kalau saya bekerja di luar kawasan, memang Fadhly yang menjaga mereka.

Apa pula cabaran sebagai ibu tunggal? Awak masih muda pula tu, tidakkah ia sukar?

Alhamdulillah, bab mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan kami anak-beranak dipermudahkan oleh-Nya. Undangan buat kerja itu sentiasa ada, tidak pernah putus dan mencukupi buat kami. Bersyukur kerana platform diberikan Astro itu ada impaknya. Jadi, nak cerita pasal sukar atau tidak itu, sebenarnya sejak remaja lagi sudah terbiasa berdikari. Tiada masalah bagi saya untuk meneruskan kehidupan seperti ini.

No comments:

Powered by Blogger.