SKMM Sekat The Malaysian Insider
Portal The Malaysian Insider Disekat SKMM | CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman The Malaysian Insider ekoran tindakan portal berkenaan mengeluarkan kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
SKMM dalam kenyataan disiarkan di laman Facebook rasmi suruhanjaya berkenaan pada Khamis, berkata sekatan tersebut juga dilakukan berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.
“Sehubungan itu, SKMM mengingatkan portal-portal berita lain agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya.
“Ini kerana, tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini,” kata kenyataan suruhanjaya tersebut lagi. – BERNAMA
No comments: