Header Ads

Sikap TMJ yang seolah-olah permainkan agama dikecam

Netizen mula muak dengan sikap 'sarcastic' TMJ seolah-olah permainkan agama | Bermula dengan isu bersalaman dengan wanita bukan mahram, Tengku Mahkota Johor kini dihujani dengan pelbagai komen di dalam Facebook Johor Southern Tigers. 

Sikap TMJ yang seolah-olah permainkan agama dikecam

Setelah merasakan dirinya sentiasa betul dengan setiap tindakannya, TMJ dilihat cuba menyindir kembali insan-insan yang mengkritik beliau menyentuh wanita bukan mahram. Beliau memuat naik video 'sarcastic' yang memperlihatkan beliau keluar dari kereta untuk bersalaman dengan seorang wanita asing dengan memakai sarung tangan.

Melalui ruangan komen posting video ini, dilihat beberapa netizen berasa tidak selesa dengan tindakan TMJ yang dilihat seperti memandang remeh hukum tuhan. Malah ada yang mengingatkan beliau tentang slogan yang dicanang-canangkan 'anda hanya seorang menteri, bukan tuha dari langit yang tidak boleh ditegur"

Terkesan dengan beberapa komen yang mempertikaikan tindakan beliau, TMJ kemudian memuatnaik satu lagi posting 'sarcastic' seolah-olah tidak faham dengan apa yang dikehendaki orang ramai.

Beliau menulis: Raja raja lain salam tak kaum wanita? Perdana menteri salam tak kaum wanita? Ramai tak orang di negara ni bersalam dengan wanita?

Ini menjadi isu besar kerana isu ini melibatkan Tunku Mahkota Johor

Semalam dinasihatkan pakai sarung tangan, hari ini bila dah dipakai sarung tangan pun salah juga. Hmmm.... "Unbelievable"

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Berikutan dengan posting tersebut, seperti biasa, ribuan komen menghujani beliau.

Netizen mula muak dengan sikap 'sarcastic' TMJ seolah-olah permainkan agama

Rata-rata kini netizen tidak bersetuju dengan TMJ. Malah ada rakyat Johor sendiri berasa jelik dengan tindakan beliau. Ada yang menasihati beliau supaya tidak melampau-lampau dalam menyindir haters hingga membabitkan agama.

Netizen mula muak dengan sikap 'sarcastic' TMJ seolah-olah permainkan agama



(Baca: Jawapan TMJ apabila dikritik sentuh bini Safiq Rahim)

No comments:

Powered by Blogger.