Header Ads

Mek Wook tetap setia walau suami penagih dadah

Walau asyik kantoi dadah, Mek Wook tetap tunggu suami keluar dari penjara | Dua kali ditangkap melakukan kesalahan sama tidak sedikit pun melunturkan kasih sayang Mek Wook Kundoor kepada suaminya yang kini masih menjalani hukuman di penjara.

Mek Wook, 113, masih setia menunggu kepulangan suaminya, Mohd Noor Musa, 47, yang kini dipenjarakan atas kesalahan mengambil dadah.


“Setiap hari saya rindukan suami dan terus setia menunggunya pulang ke rumah untuk menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri lain.

“Ikutkan hati, saya mahu melihat suami setiap hari namun apakan daya kami tidak mempunyai wang cukup untuk menyewa kereta.

“Saya juga dibawa berjumpa suami oleh adik-beradik ipar kerana tidak mahu melihat saya bersedih rindukan suami,” katanya seperti dilaporkan akhbar Harian Metro.

Mek Wook tetap setia walau suami penagih dadah

Mek Wook kini akan berusaha sebulan sekali untuk melawat suaminya yang berada di Penjara Pengkalan Chepa bersama kakak iparnya selepas mendapat wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan.

Warga emas itu berkahwin bersama Mohd Noor pada 1 Mei 2006 yang sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga sebanyak 20 kali namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Menjadi harapan Mek Wook suaminya mendapat pengajaran atas hukuman penjara yang dilaluinya kini.

“Saya mahu suami menjalani kehidupan seperti biasa dan menjauhkan diri daripada najis dadah.

“Sudah dua kali dia ditahan dan dipenjarakan. Sebelum ini saya membayar wang jaminan untuk melepaskannya namun kali ini saya mahu dia belajar dan insaf.

“Sebagai isteri saya akan memberi sokongan kepadanya untuk berubah demi masa depan kami,” dia dilaporkan berkata. 

No comments:

Powered by Blogger.