Syura tertekan dengan pendedahan bekas suami
Pendedahan bekas suami menyebabkan Syura Badron tertekan | Juara MasterChef musim kedua, Syura Badron, 30 atau nama sebenarnya Zuraidah Badron mengakui dirinya kini berada dalam keadaan tertekan dek dakwaan yang dibuat oleh bekas suaminya, Mohd. Fadhly Md. Yassin.
Dalam kenyataannya terhadap Utusan Online hari ini, Syura enggan mengulas lanjut akan dakwaan Mohd. Fadhly yang mendakwa penyanyi ‘Nazam Berkasih’ itu berubah sikap selepas menjuarai program realiti masakan terbitan Astro itu lapor Utusan Online.
“Maaf, saya tengah serabut sekarang ini terhadap tuduhan bekas suami saya. Berikan saya masa untuk bersendirian. Insya-Allah saya akan tampil memberikan jawapan,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Syura dan Mohd. Fadhly yang juga sepupunya mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2006 dan telah disahkan bercerai pada September lalu setelah tidak bersefahaman.
Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 9; Nurul Qaisara Sofea, 7 dan Muhammad Irfan Aryan, 5.
No comments: