Ricardo Medina, pelakon Power Rangers dituduh membunuh
Bekas pelakon Power Rangers dituduh membunuh | Bekas pelakon siri televisyen Power Rangers, Ricardo Medina yang pernah ditahan dan kemudian dibebaskan daripada tuduhan membunuh rakan serumahnya, tahun lalu telah ditahan semula.
Sebelum ini, dia dilepaskan kerana Pejabat Pendakwa Negeri Los Angeles gagal menemui bukti kukuh terhadapnya. Dia berdepan hukuman penjara 26 tahun jika didapati bersalah dan jaminannya ditetapkan AS$1 juta (RM4.4 juta) lapor mStar.
Medina yang memainkan watak Red Ranger dalam Power Rangers Wild Force pada 2002 mendakwa dia hanya mempertahankan diri ketika kejadian pada Februari tahun lalu itu. Pelakon watak satira itu pada mulanya dilaporkan bertengkar dengan rakannya Joshua Sutter di rumah mereka di Palmdale, California.
Pejabat Syerif Los Angeles mendakwa Medina masuk ke bilik tidur dengan teman wanitanya dan menutup pintu, namun Sutter, 36, merempuh masuk bilik itu sebelum ditikam pelakon terbabit menggunakan pedang.
Bagaimanapun, Medina menghubungi pasukan kecemasan dan ditahan selepas itu, manakala Sutter disahkan mati di hospital.
No comments: