Header Ads

Potong kemaluan suami sampai putus, isteri mengaku masih sayang

Isteri potong zakar suami akui masih sayang | Wanita yang memotong kemaluan suaminya dalam kejadian awal pagi semalam mengakui masih menyayangi suaminya itu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil siasatan awal turut mendapati terdapat kesan lebam di badan suspek lapor Sinar Harian.

Potong kemaluan suami sampai putus, isteri mengaku masih sayang
Gambar hiasan.

“Suspek yang berumur 51 tahun masih ditahan reman bermula Rabu sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan terhadap kes ini.

“Manakala keadaan mangsa stabil dan masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur tetapi alat sulitnya belum diketahui berfungsi ataupun sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, seorang wanita berang dengan perangai suaminya yang selalu mendesak melakukan hubungan seks secara kasar nekad memotong kemaluan lelaki itu ketika sedang tidur.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi tadi, mangsa yang berusia 44 tahun merupakan seorang warga negara Pakistan mengalami pendarahan selepas kemaluannya dipotong dengan mata pisau cukur.

No comments:

Powered by Blogger.