Langgar dan seret penunggang motosikal sampai meninggal, pemandu bas cabut lari
Bas langgar dan seret penunggang motosikal sampai maut cabut lari | Seorang pekerja swasta meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan apabila motosikal ditunggang dilanggar dan diseret sebuah bas di Jalan Subang, berdekatan lampu isyarat pangsapuri Brunsfield di sini, jam 7 pagi semalam.
Mohammad Adam Alip, 24, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa dilanggar bas ketika memberhentikan motosikalnya di lampu isyarat berkenaan lapor Harian Metro.
MANGSA terbujur kaku selepas dilanggar bas. |
“Bas berkenaan kemudian mengheret mangsa dari tempat kejadian sebelum melarikan diri. Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.
Shafien berkata, pihaknya turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar tempat kejadian bagi membantu siasatan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
No comments: