Header Ads

Pondan berstatus suami berhabis RM333,000 untuk kelihatan sempurna

Demi kelihatan sempurna, pondan yang juga suami orang ini sanggup belanja RM333,000 | Kerana ingin menjadi cantik, seorang pondan sanggup melaburkan wang sebanyak RM336,000 untuk mendapatkan wajah secantik bidadari.

Namun impiannya musnah setelah hasil pembedahan plastik yang dilakukan menjadikan wajahnya bertukar menjadi rupa yang menakutkan dan mengerikan.

Fulvia Pellegrino dikatakan telah menjalankan beberapa pembedahan dan suntikan antaranya menyedut lemak sebanyak dua kali, suntikan bibir 150 kali, serta empat kali implan bagi membesarkan payudara.

Bagaimanapun pondan yang berasal dari Itali itu berasa kecewa dengan hasilnya, namun dia telah dipujuk oleh isterinya, Marisa yang sentiasa menyokongnya.

Pondan berstatus suami berhabis RM333,000 untuk kelihatan sempurna

“Saya tidak gembira kerana badan saya masih belum sempurna,’’ kata Fulvia.

Menurut Marisa, sauminya mula menyedari dia adalah transgender ketika berusia 15 tahun namun terpaksa berdiamkan diri disebabkan keluarganya menentang.

Malah ketika bertemu Marisa, 32 tahun lalu, Fulvia merahsiakan kehidupan dua alamnya dan secara rahsia mengunjungi kelab gay.

Akhirnya Fulvia tidak dapat lagi menyembunyikan diri dan menceritakan mengenai keadaan sebenar kepada Marisa.

“Marisa hilang kata-kata, ia bukan sesuatu yang mudah untuk diterima. Hari ini, saya dan Marisa lebih kepada adik beradik perempuan.

“Kami tinggal bersama dan bergaduh seperti pasangan normal lain tetapi bukan sebagai suami isteri,’’ katanya.

No comments:

Powered by Blogger.