Header Ads

Ibu muda leka berparti, bayi maut dimakan tikus

Bayi mati dimakan tikus akibat ibu asyik berparti | Malang menimpa seorang bayi perempuan berusia empat bulan apabila dia menjadi `makanan’ tikus-tikus di rumahnya selepas ibunya yang masih remaja dan berusia 18 tahun, keluar rumah untuk berparti di bandar Acolman, Mexico.

Bayi itu meninggal dunia selepas muka dan jarinya dimakan dan dikunyah oleh tikus-tikus terbabit.

Keadaannya itu hanya disedari selepas ibunya yang dikenali sebagai Lizbeth Jeronima Fuentes Munguia pulang ke rumah pada awal pagi lapor Mynewshub.

Ibu muda leka berparti, bayi maut dimakan tikus

Ketika itu bayi terbabit sudah terbaring tidak bermaya. Lizbeth meminta bantuan jirannya namun sudah terlambat kerana anaknya sudah meninggal dunia.

Polis telah menahan Lizbeth dan nenek kepada bayi berkenaan yang turut berada di rumah berkenaan.

Menurut jirannya, Lizbeth yang juga ibu tunggal, telah keluar dari rumah dua jam lebih awal bagi membolehkannya dia menghadiri satu parti yang diadakan di sebuah perbandaran di Otumba.

No comments:

Powered by Blogger.