Header Ads

Pereka fesyen baju ayam belanda Fara Fauzana di AJL30 beri penjelasan

Baju Fara Fauzana seperti ayam belanda di AJL30, ini penjelasan pereka fesyen | Pereka fesyen Rizalman menjelaskan bahawa busana dipakai oleh Fara merupakan koleksi sedia ada yang dihasilkan pada tahun 2015.

Rizalman berkata, pengacara tersebut meminjam baju itu pada saat akhir berikutan busana daripada pereka fesyen lain sepatutnya dipakai tidak bersesuaian dengan tema majlis anugerah berkenaan.

Pereka fesyen baju ayam belanda Fara Fauzana di AJL30 beri penjelasan
Busana dipakai oleh Fara Fauzana pada malam Anugerah Juara Lagu ke30 (AJL30) semalam viral di media sosial apabila dikatakan seperti ‘ayam belanda‘.

“Untuk pencerahan Fara Fauzana memakai baju ‘ayam belanda’ itu daripada koleksi pakaian saya pada tahun 2015.

“Dia meminta untuk memakai pakaian tersebut dua hari sebelum AJL30, ketika itu saya sudah berlepas ke Paris. Baju sepatutnya dipakai (Fara) yang direka oleh pereka lain tidak bertepatan dengan tema.

Baju Fara Fauzana seperti ayam belanda di AJL30, ini penjelasan pereka fesyen

“Beliau tiada pilihan selain berlari ke butik saya dan meminjam apa sahaja yang sudah tergantung di rak,” ujarnya kepada mStar Online.

Rizalman turut memberitahu dia tidak berniat menganiaya pengacara itu dan meminta masyarakat tidak terus mengkritik mereka disebabkan perkara yang berlaku. Selain Fara, Rizalman turun mereka baju dipakai penyanyi Dayang Nurfaizah yang bertanding dalam pertandingan berprestij itu.

Baju Fara Fauzana seperti ayam belanda di AJL30, ini penjelasan pereka fesyen

Sementara itu, Fara menerusi Instagram pada Isnin menganggap segala kritikan samaada baik atau buruk sebagai tanda bahawa masyarakat prihatin terhadap penampilannya. Bagaimanapun, Fara meminta agar orang ramai dan pengikut laman sosial tidak terus berbalah serta menyalahkan pereka fesyen tersebut.

“Positif atau negatif kita tetap suka sebab itu petanda orang prihatin pada kita. Satu yang kita pinta, pereka fesyen tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi cantikkan kita. Bukan salah baju mereka tapi, ya badan kita yang ‘sado’, tolong kutuk saya saja, jangan kutuk mereka,” ujarnya.

(Baca: Penjelasan Fara Fauzana isu baju ayam belanda di AJL30)

No comments:

Powered by Blogger.