Header Ads

Pelajar Malaysia maut dilanggar kereta api bawah tanah di London

Pelajar Malaysia di London maut dirempuh kereta api bawah tanah | Seorang pelajar Malaysia maut selepas dilanggar tren bawah tanah di stesen Marble Arch, di sini, pada petang Isnin.

Dalam kejadian itu jam 6.26 petang, Muhamad Aaron Maseri, 22, pelajar Universiti Middlesex, dilaporkan dilanggar tren ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di laluan Central ketika waktu puncak.

Mengikut laporan akhbar The Standard, jurucakap Pengangkutan London, berkata mangsa masih hidup sejurus dilanggar namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba bagi merawat mangsa lapor BH Online.

Pelajar Malaysia maut dilanggar kereta api bawah tanah di London
Pelajar Malaysia maut dirempuh tren di London

Kejadian itu juga turut menyebabkan beberapa perjalanan tren ditangguhkan bagi membolehkan pihak bomba dan polis menjalankan siasatan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, pihak Polis Trafik British, berkata hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kemalangan.

Akhbar itu juga memetik kenyataan seorang saksi, Chris Green yang berada dalam tren berkenaan berkata beliau mendengar pemandu membunyikan hon sebelum tren berkenaan diberhentikan secara tiba-tiba.

“Saya melihat melalui cermin tingkap dan melihat ramai orang berlari ke arah laluan keluar platform,” katanya.

Katanya, beliau dan penumpang lain diarah keluar daripada stesen berkenaan bagi membolehkan pasukan paramedik menjalankan tugas menyelamat mangsa.

Setakat ini, ibu bapa mangsa yang sedang berada di London, bagi menghadiri majlis konvokesyen abangnya juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Jenazah yang kini ditempatkan di rumah mayat Westminster untuk proses bedah siasat dijangka dibawa pulang ke Malaysia pada Khamis ini.

No comments:

Powered by Blogger.