Header Ads

Paderi mati disambar petir ketika beri ceramah di gereja

Paderi maut disambar petir ketika berceramah di gereja | SEORANG paderi berusia 41 tahun meninggal dunia selepas disambar petir ketika berceramah di Gereja Apostolic di kampung Mazana di Wilayah Timur Kavango pada Ahad lalu, lapor Namibia Press Agency (Nampa).

Memetik laporan beberapa media, jurucakap Pasukan Polis Namibia (NamPol), Ketua Inspektor Kauna Shikwambi berkata, kejadian itu berlaku di hadapan jemaahnya lapor Astro Awani.

Paderi mati disambar petir ketika beri ceramah di gereja

Seorang paderi yang dikenali sebagai Kavanga John Karora, meninggal dunia serta-merta selepas disambar petir.

Beliau adalah seorang penduduk Rundu, ibu negara Kavango-East Region, di utara Namibia.

Namibia merupakan sebuah negara yang terletak di barat daya Afrika dan Windhoek merupakan ibu negara dan bandar terbesar negara itu.

Namibia terdiri daripada 87.5 peratus penduduk kulit hitam, 6 peratus orang putih serta 6.5 peratus kaum berdarah campuran.

Sekitar tahun 1800, rakyat Namibia semakin tertarik untuk mendalami agama Kristian.


Walaupun kebanyakan Namibia terdiri dari Kristian Lutheran, terdapat juga pecahan lain iaitu Roman Katolik, Methodist, Anglican, dan Methodist Episcopal.

Sementara itu, pengikut agama Islam dan kepercayaan lain seperti Judism, Buddha dan Bahai membentuk peratusan kecil.

No comments:

Powered by Blogger.