Header Ads

MCCF desak novel Pantai Kasih dibatalkan sebagai buku teks tingkatan 4

Novel Pantai Kasih harus dibatalkan menjadi buku teks tingkatan 4 - MCCF | Badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menegaskan bahawa novel sastera untuk pelajar sekolah tidak seharusnya mempunyai unsur negatif seperti lucah.

Pengerusinya, Halim Ishak berkata, unsur lucah yang terkandung dalam novel tersebut dikhuatiri boleh merosakkan minda pelajar lapor Sinar Harian.

MCCF desak novel Pantai Kasih dibatalkan sebagai buku teks tingkatan 4
Novel Pantai Kasih

“Novel yang mempunyai unsur lucah tidak boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Ia tidak memberikan pendidikan kepada pelajar dalam konteks sastera.

“Banyak lagi buku ilmiah yang diterbitkan Sasterawan Negara dan mengapa buku ini tidak dijadikan buku pelajar?,” katanya.

Novel berkisar profesion doktor dan jururawat di sebuah hospital swasta didakwa mengandungi elemen negatif selain lebih berkonsepkan novel popular.

“Saya sebagai individu yang aktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Selangor dan Melaka mendapati rata-rata ibu bapa terkejut dan tidak berpuas hati setelah membaca antara kandungan dalam novel tersebut,” kata Halim.

Katanya, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu memandang serius situasi ini dan harus mengambil langkah segera.

“MCCF mendesak agar novel Pantai Kasih dibatalkan sebagai buku teks tingkatan empat. Kandungannya tidak bersesuaian untuk remaja,” katanya.

No comments:

Powered by Blogger.