Header Ads

Luahan Fiza Elite selepas cerai dengan Adam AF

Sah cerai kali kedua dengan Adam AF, ini luahan Fiza Elite | Pelakon Fiza Elite, 35, berikrar tidak akan kembali semula ke pangkuan bekas suaminya, Mohd. Aizam Mat Saman atau lebih dikenali sebagai Adam AF, 33. 

Menurut Fiza, dia sudah serik untuk rujuk kembali dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia itu setelah perkahwinan mereka melalui episod perceraian sebanyak dua kali sebelum ini.

“Jangan kaitkan saya dengan Adam lagi selepas ini. Cukuplah dua kali kami berkahwin, saya takkan kembali kepada dia lagi. Saya serik!,” jelas pelakon tersebut kepada Utusan Malaysia.

Luahan Fiza Elite selepas cerai dengan Adam AF

Menurut Fiza, Adam telah menceraikannya buat kali kedua pada 21 September lalu di rumah kelamin mereka di Gombak, Selangor. Perceraian kali itu telah disahkan oleh Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu. Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 26 September 2013 dan bercerai kali pertama pada 28 April 2014 selepas hanya tujuh bulan mendirikan rumah tangga.

Namun, selepas hampir tiga bulan bercerai, pasangan tersebut rujuk kembali pada 17 Julai 2014. Menurut Fiza, rumah tangga mereka sebenarnya tidak pernah aman dalam jangka masa yang agak lama di mana mereka hanya tinggal sebumbung, tetapi berlainan bilik selama setahun.

“Sebenarnya, selepas kami rujuk semula pada Julai 2014, hanya dua bulan sahaja kami bahagia. Tiga bulan kemudian, keadaan kami kembali macam dulu juga, selalu bergaduh. Hidup terus bermasalah terutamanya apabila bercakap dalam soal kewangan rumah tangga.

“Saya tidak tahan lagi hidup sebegitu dan berpura-pura bahagia. Akhirnya saya buat keputusan yang kami tidak lagi boleh hidup bersama pada hujung tahun 2015 yang lalu,” beritahu Fiza. Menurut anggota kumpulan Elite itu, dia reda dengan apa yang terjadi dan tidak akan sesekali berasa malu dengan status terkini.

Selepas bergelar janda juga, Fiza Elite nekad untuk lebih aktif meneruskan aktiviti berlakon demi mencari sumber rezeki. “Saya punya banyak tanggungjawab, termasuklah kepada keluarga. Saya perlu terus bekerja bagi menampung keperluan hidup dan keluarga.

Saya harap kemunculan semula saya dalam dunia lakonan akan membawa rezeki yang baik selepas tidak lagi berhadapan dengan masalah peribadi seperti sebelum ini,” kata pelakon filem Anak Mami The Movie itu.

No comments:

Powered by Blogger.