Header Ads

Lelaki Jual Sperma di Facebook

Jual air mani RM316 di Facebook | GILA! Derma air mani kini menjadi satu perkara yang mendatangkan wang. Atas sebab itu seorang lelaki, Simon Watson, 41, telah menjadi bapa kepada 800 kanak-kanak selepas menjual air maninya pada harga £50 (RM 316)

Dia menjadi bapa setiap minggu dan terlibat dalam aktiviti berkenaan sejak 16 tahun lalu. Watson kini menjual air maninya menerusi Facebook lapor Mynewshub.

Lelaki Jual Sperma di Facebook

Dia yang merupakan bapa kepada tiga anak yang berusia antara 10 hingga 19 tahun berkata, keluarganya mengetahui mengenai aktiviti yang dijalankan itu dan pada masa sama dia tidak berhajat untuk merahsiakannya.

Jual air mani RM316 di Facebook
Simon Watson

“Dua anak lelaki saya tidak berminat untuk menderma air mani tetapi mereka tidak kisah saya melakukannya,’’ kata yang pernah berkahwin sebanyak dua kali.

Bagaimanapun teman wanita Watson tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh lelaki itu dan telah memutuskan hubungan dengannya.

Jelas Watson dia mula menjual air mani selepas perkahwinan pertamanya mengalami kehancuran.

“Saya sangat cerewet mengenai penerima air mani saya. Saya tidak kisah jika mereka minum minuman keras atau merokok tetapi tidak sekali-kali menagih dadah,’’ katanya.

Watson memberitahu dia juga tidak akan berhubung dengan penerima air maninya.

No comments:

Powered by Blogger.