Header Ads

Lagi Pelanggan Tak Puas Hati Dengan Servis FizoMawar Kitchen

FizoMawar Kitchen: Harga Mahal, Makanan Biasa, Servis Biasa. Hype Saja Lebih | Oleh kerana ramai mengatakan servis FizoMawar Kitchen yang dikatakan lembab dan harga makanan pula mahal, seorang lelaki terpanggil untuk mencuba sendiri menu makanan di situ.

Namun, hasilnya sama dengan pendapat orang ramai.

Nukilan ini dipetik menerusi Facebook Farid Nor. Berikut merupakan reviunya mengenai FizoMawar Kitchen.

Lagi Pelanggan Tak Puas Hati Dengan Servis FizoMawar Kitchen

RM16.80 is the price i paid for drinks and food and time wasted 32min (just to be clear to everyone).

I will not recommend anyone going to this FizoMawar restaurant. Actually baru balik dari tempat tu sebab baru habis luangkan masa dengan kawan-kawan JomWeb di Bangi.

Since saya datang sana seorang diri, waiter kata kalau makan sorang, saya tak boleh duduk di bahagian aircond. Dia tunjukkan kawasan yang tidak beraircond. Lepas tu bila saya 'stare' pada dia and tunjukkan pada dia ada meja kosong di bahagian aircond, dia beralah dan benarkan saya untuk duduk di situ.

Bila saya place order untuk minuman, mereka ambil masa 29 minit utk sampaikan minuman pada saya. Restoran Murni rasanya lagi pantas serve air walaupun dengan volume pelanggan yang berlipat kali ganda daripada restoran FizoMawar ni.

Makanan pulak sampai dalam tempoh 32 min, taste pun so so saja. Menu tersebut adalah antara menu utama. Bila tengok rupa makanannya, rasanya boleh diserve kan dengan lebih cepat lagi sebab cuma nasi putih, ayam goreng rempah taruk bijan, kuah gulai dan sambal. Nothing kompleks (saya pun memasak juga di rumah). Waiter di Nasi Kukus My Mama pun boleh serve lagi pantas.

Fizo Omar ini kalau ikutkan media ialah seorang pelakon yang menceburi bidang 'motivasi' dan jadi penceramah tentang keusahawanan. Katanya pengalaman beliau dalam bidang keusahawanan ni meluas dan dah ramai orang yang datang dan mendengar ceramahnya. Tapi untuk bisnes F&B, saya rasa Fizo Omar ni perlu lebih banyak belajar, tutup mulut, buka telinga, buka hati dan buka minda kalau nak berjaya dalam bisnes F&B. Ikut nasihatnya sendiri untuk berjaya. Takyah nak sindir perli pelanggan anda.

Untuk menu harga RM16.80, your food biasa-biasa saja dan service pun biasa-biasa saja. Hype saja lebih. Anda semua boleh belanjakan RM16.80 di restoran yang menghidangkan makanan lebih enak dan servis lebih pantas.

FizoMawar Kitchen: Harga Mahal, Makanan Biasa, Servis Biasa. Hype Saja Lebih

No comments:

Powered by Blogger.