Header Ads

Keberanian Komando ATM Mempertahankan Pulau Terumbu Layang² Dari Ancaman China, Vietnam Dan Filipina

Setelah meletusnya konflik ketenteraan antara China dan Vietnam pada Januari 1974 di Gugusan Paracels, China secara terang-terangan menuntut keseluruhan Laut China Selatan sebagai perairan yang berada di bawah takluk dan penguasaannya.

Vietnam pula bertegas mempertahankan Gugusan Paracels dengan alasan gugusan tersebut telah berkurun-kurun di bawah kedaulatannya.

Konflik ini secara langsung telah membuka mata negara lain yang bersempadan Laut China Selatan untuk membuat tuntutan dan penempatan di terumbu berkenaan termasuklah Malaysia.

Keberanian Komando ATM Mempertahankan Pulau Terumbu Layang² Dari Ancaman China, Vietnam Dan Filipina

Laut China Selatan merupakan laluan perhubungan antara Lautan Pasifik di timur dan Lautan Hindi di barat. Keindahan dasar lautnya yang diiktiraf antara 10 yang tercantik di dunia juga antara faktor perairan ini menjadi rebutan.

Ini jelas dengan penempatan yang dibuat oleh Filipina di Terumbu Laksamana yang terletak hanya 26 batu nautika timur laut Terumbu Peninjau dan penempatan Vietnam di Terumbu Perahu yang terletak hanya 35 batu nautika barat laut Terumbu Mantanani.
Terumbu lain yang berdekatan ialah Pulau Kecil Amboyna dan Terumbu Cornwalis yang diduduki oleh Vietnam.

Berikutan pengisytiharan perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) pada 20 September 1979,kabinet telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang berada dalam lingkungan ZEE Malaysia bagi mengukuhkan tuntutan Malaysia di Perairan Spratly.

Kisah Keberanian Komando ATM Mempertahankan Pulau Terumbu Layang² Dari Ancaman China, Vietnam Dan Filipina

Melalui keputusan dan arahan kabinet, kajian terperinci telah dilakukan oleh Rejimen Jurutera Tentera Darat yang mendapati sebahagian sahaja terumbu berada dalam kawasan ZEE yang sesuai untuk didirikan tugu sebagai penanda dan penempatan.

Antaranya ialah Terumbu Layang-Layang (Stesen LIMA TLDM) yang kini lebih dikenali sebagai Pulau Layang-Layang.
Pembinaan tugu bermula pada 21 Jun 1980 manakala penempatan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM pada Mei 1983.

Pada awal penubuhan penempatan TLDM di Terumbu Layang-Layang pada tahun 1989,kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu ini perlu dimajukan sebagai pusat pelancongan seiring dengan kerja-kerja pembangunan ke atas penempatan TLDM.

Kisah Keberanian Komando ATM Mempertahankan Pulau Terumbu Layang² Dari Ancaman China, Vietnam Dan Filipina

Dan berikut catatan anggota tentera yang terlibat dalam operasi berkenaan.

1. Awal tahun 80an dahulu belum ada Pulau Layang-layang.Yang ada hanyalah terumbu.

2. Bekas Perdana Menteri, Tun Seri Dr Mahathir Mohamad,kemudian telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu.

3. Maka ATM menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera.
Ketika itu Pasukan Khas Laut (Paskal) belum lagi campur tangan.

4. Dengan kudrat pasukan komando yang amat terhad,maka wira-wira kita yang gagah berani menuju ke Terumbu Layang-layang dengan apa sahaja kekuatan yang ada.

5. Langkah pertama adalah menghantar komando.Ketika itu stesyen LIMA belum dibina.

Apabila air laut naik,komando-komando kita bersusah payah untuk memanjat pokok dan tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan bertemankan taufan dan hujan lebat.

Keberanian Komando ATM Mempertahankan Pulau Terumbu Layang² Dari Ancaman China, Vietnam Dan Filipina

6. Dalam proses itu,penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat oleh helikopter Nuri milik TUDM.

7. Amanah negara mereka pikul dengan jujur.Ketika orang lain tidur dengan selesa,mereka bertungkus lumus untuk menegakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini.

8. Di Tanah Besar Semenanjung,modul untuk stesyen LIMA sedang dibina.

9. Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan.Oleh itu modul-modul ini di buat di Semenanjung dan tidak di kawasan terhampir sama ada di Sabah mahupun Sarawak.

10. Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau “barge” dan di “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis.

11. Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia.

12. Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai.

13. Yang celakanya,rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini,
Mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia.

14. Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang.Senjata yang siap di lengkapi dengan peluru dihalakan.Komando Singapura terpaksa berundur.

15. Kali kedua,komando Indonesia pula mengancam dan berjaya naik ke atas tongkang.Tanpa teragak-agak,peluru mesingan dilepaskan.Habis bertempiaran komando Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui.
(Ada sesiapa boleh sahkan kisah ni?)

16. Layaknya negara-negara terbabit sudah tentu mahu tahu apa yang di bawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang.

17. Akhirnya stesyen LIMA terpacak megah.

Keberanian Komando ATM Mempertahankan Pulau Terumbu Layang² Dari Ancaman China, Vietnam Dan Filipina

Begitulah kisah ATM mengambil pulau terumbu sekangkang kera ini bagi menghalang China,Filipina dan Virtnam dari masuk campur.
Kemudian kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Tun Dr Mahahtir telah menambak terumbu ini menggunakan tanah yang diangkut dari dari Sabah.

Layang Layang kini berkali ganda saiz asalnya dan menempatkan markas tentera,pangkalan TLDM,sebuah resort,landasan terbang yang mampu mendaratkan pesawat Hercules C130 dan pesawat tempur.

Kini Pulau Layang Layang adalah kubu pertahanan utama kita di Laut China Selatan,mengawasi laut ZEE. 

Layang Layang wujud ketika China menuntut seluruh Laut China Selatan hingga ke pesisir Sabah dan Sarawak.


No comments:

Powered by Blogger.