Isu Hina Kicap Tirana, Azwan Ali Sedia 2 Peguam
Azwan Ali sedia dua peguam hadapi tindakan Kicap Tirana | Personaliti hiburan Azwan Ali berkata, dia akan melantik dua peguam bagi berhadapan dengan sebarang tindakan undang-undang daripada syarikat kicap Tirana Products Sdn Bhd berhubung kenyataan dikeluarkannya mengenai kicap berkenaan di Instagramnya.
Azwan berkata, dia juga tidak akan menarik balik kenyataannya sebelum ini kerana merasakan dia berada dipihak yang benar lapor Sinar Harian.
“Yang saya katakan itu tentang iklan, bukan produk, saya berpegang teguh bahawa sebagai seorang yang cukup berpengalaman saya mempertahankan hak untuk memberi komen tentang semua iklan, rancangan televisyen tanpa was-was,” katanya kepada Sinar Online hari ini.
Terdahulu, beberapa portal melaporkan Peguam Tirana Products Sdn Bhd, Adnan Seman berkata, pihaknya meminta Azwan Ali membuat aku janji atau memohon maaf atau berhadapan tindakan undang-undang berhubung kenyataannya yang dianggap melampau dan bersifat provokatif terhadap kicap Tirana.
Adnan Seman berkata, syarikat milik bumiputera itu memberi tempoh sehingga 26 Januari ini untuk Azwan memenuhi tuntutan berkenaan.
“Pada 12 Januari kami mengeluarkan surat tuntutan berkaitan kenyataan dikeluarkan Azwan Ali melalui akaun Instagram beliau menggunakan nama divaazwanavazz,” katanya di sidang media di Petaling Jaya semalam.
Adnan berkata jika Azwan gagal mematuhi tuntutan diberikan sehingga tarikh yang ditetapkan, pihaknya akan berbincang dengan syarikat itu bagi menentukan langkah selanjutnya
Azwan sebelum ini telah memuat naik klip video iklan kicap Tirana dan satu video parodi yang memaparkan dirinya menuang kicap berlebihan ke atas satu hidangan sambil meniru loghat percakapan model yang terlibat dalam iklan tersebut.
No comments: