Header Ads

Hukuman aneh cikgu disiplin, bidas kemaluan pelajar dengan getah

Tindakan guru disiplin bidas kemaluan pelajar dengan getah dikecam | Seorang guru disiplin di sebuah sekolah di sini mungkin berada dalam masalah selepas satu laporan polis dibuat keatasnya yang mendakwa dia telah melakukan hukuman “aneh” kepada dua orang pelajarnya.

Pengadu mendakwa bahawa guru terbabit telah membidas gelung getah pada kemaluan dua orang pelajar darjah enam selepas memaksa mereka membuka seluar.

Guru itu juga didakwa telah menampar pelajar tersebut.

Hukuman aneh cikgu disiplin, bidas kemaluan pelajar dengan getah

Laporan polis telah dibuat oleh Maimunah Harun dan Ramlan Razak, masing-masing merupakan nenek dan bapa kepada pelajar yang terlibat. Laporan polis itu dibuat di balai polis Melang.

Menurut mereka, laporan polis itu dibuat selepas aduan yang dibuat kepada sekolah dan juga pejabat pelajaran daerah, kira-kira dua bulan lepas, seperti tidak diendahkan.

Menceritakan kejadian, Maimunah berkata insiden terbabit berlaku pada 12 Nov tahun lepas.

“Ia(kejadian) berlaku satu minggu sebelum cuti sekolah bermula.

“Kedua-dua pelajar itu diminta untuk berjumpa dengan guru disiplin kerana dikatakan mencuri bol kereta guru”, katanya sebagaimana lapor NST.

Maimunah mendakwa kedua pelajar lelaki itu dipaksa membuka seluar sebelum guru terbabit membidas getah ke kemaluan mereka sebagai hukuman.

Tambahnya, selepas mengetahui tentang kejadian, dia dan Ramlan membuat aduan kepada sekolah dan membawa hal tersebut kepada pegawai pendidikan daerah.

“Bagaimanapun, sehingga hari ini, masih belum ada tindakan yang diambil

“Saya risau cucu saya akan ponteng sekolah kerana dia masih lagi trauma berikutan insiden tersebut”, tambahnya.

Sementara itu, Ramlan berkata dia risau dengan keadaan emosi anaknya kerana dia akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Luqman Abd Rahman ketika dihubungi berkata polis telah menerima laporan berkaitan kes tersebut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

“Guru tersebut boleh didakwa kerana menyebabkan kecederaan, tetapi dia tidak akan ditangkap kerana kecederaan tidak serius

“Sebaik sahaja siasatan selesai, kami akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut”, kata beliau.

Jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah mengesahkan menerima aduan itu dan berkata perkara itu telah dirujuk ke sekolah untuk siasatan lanjut.

No comments:

Powered by Blogger.