Filem Mat Moto tetap jadi bahan kritikan walau kutip RM3 juta dalam 4 hari
Walaupun kutip RM3 juta dalam 4 hari, filem Mat Moto tetap dikutuk netizen | Bila dengarkan tajuk Mat Moto, terus anggap filem ni macam filem Melayu typical lain yang tak mendapat sambutan dan hambar
Bila tengok pada poster filem, mungkin ramai yang akan rasa tak tertarik. Sebab dah terlalu banyak dah filem-filem sebelum ni yang memfokuskan kepada kehidupan seorang mat moto.
Ditambah pula dengan tagline ‘Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit’, tarikan yang ada pada filem ini memang tak cukup kuat.
Tapi harus diakui, barisan pelakon utama filem ini semuanya “ada isi”. Antaranya seperti Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Rosyam Nor, dan Zulhuzaimy yang mana semua pun cukup popular.
Untuk trailer filem pula, tidak ada apa-apa yang istimewa. Babak-babak lumba motor juga seperti sudah sinonim dengan kebanyakan filem bergenre sama sebelum ini memetik Says.com.
TETAPI….
Baru saja sehari ditayangkan, filem Mat Moto sudah berjaya mengaut RM1 juta kutipan di pawagam. WOW! Tiada siapa yang sangka perkara ini boleh berlaku.
Alhamdulillah . First day .. Mat moto 2016 .. Kutip Lebih 1juta . Terima kAsih Yg menonton . Terus Kan sokongan !
— pekinibrahim (@pekinibrahim7W) January 14, 2016
Alhamdulillah... #matmoto2016 kutip RM 1 Juta hari pertama tayangan! Syukur Ya Allah... Segala yg baik datang dariNya dan yg buruk dari kami
— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) January 15, 2016
Dan selepas empat hari tayangan, Mat Moto dapat kutip lebih RM3 juta! Ok now we’re talking.
Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam, berkata maklum balas yang dibuktikan menerusi kutipan memberangsangkan itu bukan sekadar petanda positif kepada Skop Productions, malah terhadap filem Melayu keseluruhan.
Secara langsung ia menandakan sokongan kaki wayang dan masyarakat yang masih tidak berbelah bagi, namun mengharapkan produk berbeza disajikan di layar perak.
“Percubaan kami nyata membuahkan hasil,” kata Datuk Yusof Haslam.
“Saya akui sebagai orang baharu tentu ada kekurangan dan sebab itu Pekin Ibrahim digabungkan dengan Syafiq. Mungkin pendekatan yang berbeza daripada filem Skop terdahulu selain kisah dihidangkan membuatkan penonton teruja melihat hasilnya.
“Percubaan kami nyata membuahkan hasil. Sebagai penerbit, saya percaya kita perlu bagi peluang kepada muka baharu dan pada masa sama mengambil setiap kritikan dengan hati terbuka.
“Secara peribadi, saya juga anggap ini rezeki dua pengarahnya iaitu Pekin selaku sutradara baharu dan rezeki Syafiq yang dikurniakan anak sulung, awal tahun ini,” katanya.
Namun begitu, walaupun kutipan sangat memberangsangkan, rata-rata netizen nampaknya mengutuk keras filem ini. Ramai yang rasa tertipu dan menyesal, serta menganggap filem ini tak ada kualiti langsung.
Pelik kan?
Kutipan letup-letup tapi lagi ramai orang yang kutuk daripada yang memuji. Kami sendiri rasa hairan.
Ada siapa-siapa yang dah tengok ke? Cuba share sikit pendapat anda di ruangan komen di bawah.
No comments: