Fifa: Ranking Malaysia Jatuh Lagi
Fifa: Ranking Malaysia Terburuk Dalam Sejarah | Skuad bola sepak negara sekali lagi jatuh ke paras terendah pernah dicatatnya dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) apabila sekali lagi berada pada kedudukan ke 171 dalam senarai ranking terkini yang dikeluarkan pada Khamis.
Malaysia yang jatuh kepada tempat ke-171 dalam Oktober tahun lepas tetapi menaiki satu tangga ke kedudukan 170 dalam November tahun yang sama sebelum merosot ke ranking terendahnya, tempat ke-171 sejak sistem ranking diperkenalkan Fifa pada Disember 1992 lapor Mstar.
Ketiadaan perlawanan antarabangsa mungkin antara faktor kejatuhan ranking Harimau Malaya, yang kali terakhir beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 menentang Emiriah Arab Bersatu dan tewas 1-2 di Stadium Shah Alam pada 17 November lepas.
Malaysia kini berada di dalam kelompok negara seperti Timur Leste (tempat ke-170), Mauritius (172), Puerto Rico (172) dan Comoros (174).
Ranking Fifa terbaik Malaysia yang pernah dicapai ialah pada kedudukan ke-75 dalam tahun 1993.
Jiran Malaysia, Thailand merekodkan peningkatan ketara dalam ranking bulan ini apabila melonjak 12 anak tangga untuk kedudukan ke-121.
Sejak kemas kini terakhir, tiada perubahan dalam tempat 20 teratas yang menyaksikan Belgium kekal di kedudukan pertama diikuti oleh Argentina, Sepanyol dan Jerman untuk masing-masing tempat kedua, ketiga dan keempat.
No comments: