Detik cemas apabila ibu kehilangan semasa sibuk membeli-belah di NSK
Sibuk membeli-belah di NSK, ibu tak perasan anak dilarikan | Kisah yang diceritakan seorang ibu ini berlaku di NSK Kuchai Lama. Ia boleh berlaku di mana saja sebenarnya.
Kejadian culik anak bukan lagi main-main zaman sekarang ni. Pantang leka sikit, sekelip mata je anak boleh hilang dari pandangan.
Jadi ibu bapa semua tolonglah hati-hati. Kalau dah hilang, memang susah nak jumpa balik.
Ikuti kisah yang diceritakan oleh Schazwaney Sara.
OMG … benda yg paling tkut jd ,terjadi td kat mami sy ..cerita dia camni ..dalam pukul2.30 td ,mami sy ke NSK KUCHAI LAMA dgn adik lelaki sy adam .. biasa la adam mmg suka duk dlm troli sambil mkn .. mami letak adam dekat tepi dia , xjauh la ..biasa la orang ramai kt nsk tu ..masa mami tgh pilih2 ikan mami dengar adam panggil ,mami ! mami ! 2 3x maybe mami xdgr kot .. bila mami pandang belakang adam dah xde dgn troli byk dgn barang .. mami ape lagi menjerit la panggil nama adam ,dlm mse sama mami terus ke customer service suruh security jaga kat semua pintu masuk n keluar .. Alhamdulillah last2 org jumpa adam dekat tepi kaunter keluar ..jauh jugak la dari tempat mami letak adam tu ..maybe org tu xsempat nk bawak adam keluar kot ,ye la nk keluar mcm mana dlm troli byk brg mesti kena bayar dulu ..n ptg ni mami akan ke NSK KUCHAI LAMA utk tgok balik cctv siapa yg tolak troli tu .. so hati2 semua ..
No comments: